Monday, April 19, 2010

Selamat HaRi Jadi AyaH

Walaupun ayah saya seorang yang tidak membaca blog tatkala sibuk dengan urusan kerja..tapi saya tetap mahu mendedikasikan beliau dengan entri saya kali ini..hihi
Saya mengaku saya bukanlah anak perempuan yang rapat dengan ayah sebab saya lebih rapat dengan mama saya.Tiada rahsia antara mama dan saya. Tapi bila dengan ayah rasa macam kekok la nak berkongsi..hehe..malu pun ada segan pun ada. Kalau dengan ayah soalan-soalan standard adalah dah study?bila exam?DUIT CUKUP?(ini soalan wajib beliau..haha) Kalau berskype ngan ayah mungkin paling lama 10 minit tapi kalau ngan mama sejam pun boleh.Bukan kerana memilih kasih tapi kerana tak punya idea keluar mencurah bila bersama ayah..hehe
Satu nasihat yang paling saya ingat pasal ayah dan sangat berguna bila saya berada di bumi perantauan.Saya ni sangat suka buat kerja last minute.Kalau nak balik asrama.15minit sebelum ayah start engine kereta baru la saya nak terkedek-kedek kemas barang.Pastu mula la nak tertinggal semua barang.Bila keta dah separuh jalan,baru saya nak ingat.Ayah selalu cakap takpe la asrama ni 1jam je dari rumah tapi kalau jauh nak wat camne.Memandangkan nak mengajar ayah saya tu dia tak nak pun antar barang tu even asrama saya 1 jam.dia cakap learn your lesson...wawawa..masa tu sedey tapi tak berani nak lawan(sebab saya anak mithali..ngeh2)
Tapi bila kat sini,memang saya akan beringat.Sume benda yang perlu saya list sebab saya tau takde orang yang boleh antarkan untuk saya because i'm alone and need to be an independent person.
Sebab itu saya sangat rindu dengan ayah saya. Happy birthday ayah!!semoga panjang umur murah rezeki(walaupun ni macam ayat standard org suke guna tapi i really meant it)
Ayah kena jaga kesihatan dan jaga makan minum.Along tak dapat wat delivery cake sebab u cannot eat sweet things. Rugi delivery nanti orang lain yang abiskan..hehe..Jumpa bulan 6 nanti:)I LOVE U DAD

P/S: Mula-mula nak letak pic ayah saya tapi godek-godek tak jumpa.Baru saya perasan saya tak penah amik pic dekat-dekat ayah saya.Satu maybe ayah saya tak suke bergambar dan maybe saya jarang duduk sebelah ayah and camwhoring. Mama je yang boleh camtu..hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails