Monday, October 31, 2011

.::the so-called halloween::.

ok..why i called it the so-called halloween..because people said we can't celebrate halloween. We just do a gathering and make a theme. Ala-ala pakaian beragam gituu la.. Semenjak jadi final year ni..kitorang jarang dapat berkumpul ramai2..kebetulan this weekend ada bank holiday means we got 3 days of weekend. So we did a 'so-called halloween party'


geng geisha XD -yukata yg telah di'improvised' jadik kimono
(btw, this yukata is a gift from a friend. this is my first time wearing it. I like it!!!)

sailormoon- dengan kuasa bulan...akan menghukummu..

si aladin!

catwoman..grrrr..meowww!

tetibe jin keluar dari teko ajaibnya!

the stylo

little red riding hood and the rock star

the Black swan

nurse pun ada jugee..:)


then, we played charade..semangatnyee



THE END of the so-called halloween party

Tuesday, October 25, 2011

Sambil bertudung. Jom laksanakan 'tudung'

Aku tertarik dengan artikel dari azzariyat.com. Ni pun aku terjumpa dalam fb..
Tudung bukan sekadar sehelai kain tapi ada maksud mendalam di sebalik tudung itu.
Ni la maksud yang diceritakan dalam azzariyat.com.

Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari 
sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.


Jom kita buat sama-sama! 
Sharing is caring.

Sunday, October 23, 2011

aurat vs fashion. Yang mana satu?


Lama sangat bz dengan study..tetiba kuar post aurat kan? Aku akur aku ni bukanlah arif sangat bab-bab ni tapi berdasarkan apa yang aku belajar. Aku rasa semua orang tahu apa itu aurat perempuan. Cumanye perempuan itu nak ikut atau tak je.. jangan nak tipu la kalau ko cakap aku tak tutup aurat sebab aku taktau..it is a lame excuse kot. kalau malas sangat nak cari ilmu. Ko cari je kat fb tu..ramai yang selalu share2 link ni..x kisah la link baik ke funny ke..fb tu mcm source of news dah.
kalau tak tau jugak..ni ada dalil:

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah 
untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Surah Al.Ahzab (59)


Sebenarnye, bukan susah nak tutup aurat. Ikut la keazaman ko nak tutup ke tak. Aku mengaku aku tau batas-batas aurat tapi kadang-kadang dek kerana arus fashion, kekadang aku gagal ikut batas aurat yang sepatutnya.

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.
Dalam dalil atas ni dah terang-terang kelihatan ada unsur-unsur fashion sekarang.

1) Antara fashion yang menyebabkan aku tersasar adalah skinny jeans. Serius aku suka betul skinny jeans sebab bagi aku ia nampak kemas. Sebab apa? dia ikut kaki kan. Obviously trend ni tak sesuai untuk Muslimah kerana ia menampakkan aurat kita. So, now, azam aku no more skinny jeans. Aku dah start masa bulan puasa hari tu. Harap-harap istikhamah aku ni diterima dan Allah kuatkan iman aku. Amin. Btw, legging pun sama jek ngn skinny tu tapi aku xde la penah try legging. Tapi buruk sebenarnye kalau Muslimah bertudung pakai. Tudung tu dah lawa, slack sikit je kat legging tu.

gambar ni ehsan google (xde niat nak malukan sesiapa)

Mungkin kerana kita nak nampak stylo macam celebrity atas ni. Kita meng'fusion'kan trend skinny jeans dengan tudung yang kita pakai. Sedangkan diorang ni takde hukum pemakaian kalau nak bandingkan dengan kita yang beragama Islam yang hidup berpaksikan landasan syarak. Kita jangan lupa asal-usul kerana kita akan kembali padaNya.

2) Lagi satu fashion yang tertulis dalam dalil di atas tu adalah 'bonggol' unta. Aku pun taktau camne fashion ni boleh menular. Mungkin kerana orang melayu  nak nampak macam minah arab kot. Sebenarnye memang minah arab ada pakai something bagi nampak sanggul tinggi tu. Ada yang pakai bunga2 dalam tu. Tapi sekarang ni ko carik je sanggul macam gambar bawah ni. Banyak kot. Tapi, walaupun aku tak penah try sebab aku tak rasa fashion ni best. lain orang lain taste. Fashion ni more on orang yang so called themselves hijabista.


Bahaya kalau cari gambar orang. Senang amik pic patung. takde nak salahkan sesiapa nanti. Lagipun ini bertujuan untuk kesedaran semua. Ni la fashion bonggol. Cantik ke ada macam 2 kepala tu? jawab2

3) Another fashion style is kain jarang. Sekarang kan banyak je baju yang ala-ala kain chiffon tu. Kain chiffon ni very thin and jarang. Tak salah nak berfashion tapi mungkin kena pakai inner. Jangan la dok pakai baju tu aje..tak pasal-pasal boleh nampak abis 'baju kecik2'



okey. Aku bukan nak malukan orang atas ni. Tapi one reason aku pilih pic ni sebab muka orang tu tak nampak so xde la aku nak malukan dia. Ni just nak bgtau la..kalau dah tau jarang tu kan..sendiri pikir la.

Aku bukan nak tunjuk lagak pandai. Aku pun mengaku kadang-kadang aku alpa dengan fashion ni. Memang normal la perempuan lumrah dia itu indah dan bila dia alpa dia rasa nak kongsi keindahan itu. Tapi mungkin jika kita letakkan sifat malu itu lebih tinggi. Kita akan rasa keindahan diri kita ni tak perlu jadi public sangat kot. Reason aku buat entry ni untuk didik diri aku dan kawan-kawan aku. Kita ni hamba Allah, kita tak tau bila ajal akan tiba. Peringatan atau tazkirah itu tak salah kan.

Lagi satu, aku pun tak berubah drastik sebab manusia mana boleh berubah drastik. Allah pun tau. Kalau tak, takdenye dia buat pengharaman arak secara berperingkat sampai 4 peringkat. Sebab dia tau kemampuan manusia untuk berubah itu secara beperingkat.

Kalau korang rasa aku ceramah ala ustazah n panjang lebar ni mintak maaf lah. Aku tak reti nak pendekkan. Haha.

p/s; ni aku jumpa kat google. Rasa macam best untuk share.http://www.muslimahsource.org/spirituality/to-be-or-not-to-be-a-hijabista/
The concept of being a hijabi is to be modest. Modest in the way you dress, speak and conduct yourself. This doesn’t mean that you just sit down quiet and nod your head when someone speaks to you or that you can’t express yourself. Being modest is just a manner of expression, speak up your mind be strong but not hard, and be softhearted but not weak.


Tuesday, October 11, 2011

monolog dalaman

kau suka main tarik tali
kejap kau tarik kejap kau lepas
aku tak mungkin berganjak
kalau kau tarik aku follow
kalau kau lepas aku follow too..

ingat best ke main tarik tali? baik main jongkang-jongkit!

*google*

Friday, October 7, 2011

Tuesday, October 4, 2011

how do I @ women express themselves?

-ihsan google-

Some people might just choose not to express themselves. They just want to be secretive. Tapi ada jugak yang kalau boleh nak satu dunia tau apa dia rasa x kira lah happy je sedih ke..Kadang-kadang action speaks louder than words. Tak semua benda ko rasa ko boleh cerita kat orang. Lagi-lagi kalau ko takde teman nak diceritakan. Selagi ko simpan atau pendam..nanti lama-lama boleh meletup macam VOLCANO. Serius aku tak tipu.

Aku selalu kalau benda happy:
1)Aku cari orang terdekat untuk aku bagitau macam BFF ke family ke or even close friends. Pasal kalau ko pegi citer kat orang jauh nanti tak pasal2 dia cop ko riak dan tabaruj plak. Tak ke plak ko menambah bilangan orang mendengki!

Aku kalau benda penting nak decide:
2)Aku pegi cari orang yang aku rasa boleh pikir rasional dan bukan orang yang suke bagi jawapan yang sedap telinga mendengar. Be Honest! Be Honest! Be Honest!

Aku kalau benda tu tak dapat nak diceritakan kat orang:
3) Ni memang sejak dari azali ( eh salah sejak aku dapat memegang duit sendiri). Bukan aku nak boros tapi u know action speaks louder than words. Body aku ni ter'react' nak pegi membeli a.k.a shopping. Sememangnya masa tu aku kurang berpikir pasal price. Masa dah bayar tu aku rasa 'beban' kurang. DUIT PUN KURANG. hehe

4) Kadang-kadang aku rasa nak mogok tak makan..tapi selalu tak berjaya pasal perut aku nih memang tak tahan nak mogok lapar. Akibatnye..aku akan makan dan mengunyah2..

5) Kadang-kadang rasa nak karaoke sorang-sorang pun takpe..

6) Ataupun aku akan jalan je ikut la sampai ke mana kaki ni nak berjalan..(selalunye ni kat Dublin je pasal kalau jalan pun tak peluh)..Tapi kalau kat msia tu aku akan drive je..fikiran melayang..tekan minyak je..sampai traffic light pun tak sedar tapi nasib la kalau takde polis nak tahan kan.

7) Tapi as a muslim. Kalau ko takde sapa nak share. sebenarnye ko masih ada DIA. Dia yang Maha mendengar. Dia yang menentukan segalanya.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails