Monday, April 11, 2011

Lebih bersyukur tatkala luar dari 'comfort zone'

Kalau sapa-sapa tengok video matlutfi pasal merungut..Semua orang nak merungut. Tapi sampai bila nak merungut?? Kau sorang saje kah yang ditimpa kesusahan??
Bila kau keluar dari kepompong keselesaan(comfort zone) baru kenal erti dunia sebenar. Ujian buat kau tak seberat mana nak dibandingkan dengan orang yang lagi perit hidupnya.

Bila masuk rotation psychiatry( atau nama glamor di malaysia wad sakit jiwa)..benda pertama dalam fikiran aku...betul ke diorang ni schizo??bipolar?? atau diorang ni saje-saje mereka cerita atau mungkin hallucination diorang ni dari makhluk halus?? Atau mungkin diorang ni overreact terhadap depression and tak pandai nak cope with it..Cakap memang la senangg..sume orang boleh cakap tapi kalau terkena batang hidung sendiri..jawab la sendiri.

Hari ini dari pukul 9.30pagi sampai 5 petang bontot aku kebas dengan ward round psychiatry..
Suasana dalam discussion room ni bak hujan panas aje..sekejap mendung sekejap terik sekejap hujan..Nanges berselang-seli tawa..kalau lama-lama aku rasa aku pun join masuk ward psychiatry ni..

Tapi bila dengar cerita seorang demi seorang..Ada sebab kenapa diorang begitu..macam-macam keadaan yang kau tak mungkin mampu terfikir akal..

Kalau dari kecik kau kena physical or sexual abuse...mampu bertahan???Aku bersyukur kerana mendapat keluarga harmony dan supportive.
Kalau husband kau nak tinggal kerana perempuan lain..mampu bertahan?? Aku bersyukur kerana masih jauh perjalanan alam rumah tangga..
Kalau hidup kau papa kedana lepas recession..mampu bertahan??Aku bersyukur kerana dipilih Allah untuk rezeki yang ada sampai sekarang..
Kalau tiba-tiba kau rasa nak toreh tangan untuk expressi emosi kau..mampu bertahan??aku bersyukur kerana masih waras dengan pegangan agama sekarang..
kesimpulannya aku bersyukur Allah masih sayangkan aku, masih ramai lagi orang yang lebih teruk ujian yang didatangkan dariNya..


Aku tak mungkin alim seperti orang lain..tapi apa yang aku nampak di depan mata semuanya aku reflects dan anggap itu cara muhasabah diri..

RENUNG-RENUNGKAN..SELAMAT BERAMAL:)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails