Saturday, January 29, 2011

cinta ideal pada kaca mata aku

Uishh..tajuk dah macam lagu cinta rock kapak dah..

Kalau kisah cintaku macam gambar bawah ni..baru namanya cinta ideal


Saya bukan Dr love untuk mengupas bab-bab cinta tapi sekadar berkongsi pandangan sahaja..Cinta ideal bagi aku bukan cinta yang indah belaka macam dongeng kanak-kanak seperti Cinderella atau Snow white..dan juga bukan sweet-sweet semuanya ala-ala cerita korea tapi cinta ideal bagi aku adalah yang praktikal dan lebih mudah tercapai dalam realiti sekarang.

Bagi aku, mula-mula perkenalan aura cinta penting..tapi bila semakin lama..rasa sayang itu lagi penting..bila dah berusia macam gambar di atas tu rasa belas kasihan itu yang membuatkan perhubungan itu berkekalan. Tipu kalau cakap cinta itu kau tak rasa jemu bila dah berpanjangan 5-6 tahun..Sebab itu Islam sarankan bercinta selepas kahwin sebab ada kemanisan pada permulaan setiap cinta dan kalau mungkin di pertengahannye kau jemu kau tak mungkin minta cerai, tapi kalau tiada ikatan, break-up itu penyelesaiannya. Mudahkan cinta??Tak semudah yang disangka..

Aku tidak mampu ikut tuntutan bercinta selepas berkahwin tapi aku tahu menilai batas sebelum ikatan sah itu.
Apa yang aku cari dalam sebuah perhubungan yang ada cinta ideal???
Semua orang tak sempurna, bukan kesempurnaan yang aku cari, tapi yang ku cari ialah seorang yang dapat sempurnakan aku.

Entri ini tiada kena-mengena dengan kisah cinta aku tapi apa yang aku ingin luahkan dan berkongsi dengan semua..

Ciri-ciri yang aku suka

1) Ada orang tengok RUPA. Aku mengaku rupa itu penting. Tipu la kalau korang nampak laki hensem korang tak usha..Konpem usha kan..Tapi bagi aku tu untuk cuci mata aje la. Bila bab cinta, kalau hensem sekali pun mamat tu tapi perangan tak se'hensem' rupa dia..I'm sorry terus I nampak tak hensem. HATI yang BAIK mengatasi RUPA.

2) Kedua-dua pasangan tu mestilah menyokong antara satu sama lain. Maksud menyokong dua-dua kena la supportive dalam apa jua keadaan. Kalau dah laki tu tau gf dia nak exam ke interview ke..kata-kata semangat itu pun dah cukup. Plus bagi ruang masa untuk dia buat preparation, jangan la tau dia nak exam kau nak paksa gak bergayut telephone tu..kang fail exam sapa nak jawab??kau boleh tolong luluskan ke?

3) Ruang. Kadang-kadang ada orang serik bercinta sebab lepas bercinta terus kena konkong. Itu tak boleh ini tak boleh. Bagi aku, cinta ini benda yang memudahkan. Kalau dah menyusahkan bukan cinta namanya. Life stay the same, lelaki jangan ingat lepas dah couple ko boleh arah2 jangan bagi gf kawan dengan lelaki or tak boleh duduk sebelah laki. Friends is still friends. Nape perlu mengongkong. Lelaki yang mengongkong bagi aku dia seorang yang ada insecurity. Kalau dia yakin ngan gf dia, sure dia relax and chill je..lagipun tu gf baru..bukan bini ko lah..

4) Berterus-terang. Aku memang suke sound terang-terang supaya takde yang terpendam. Orang kalau bercinta semuanye indah..apa pun wangi..tapi lepas kawen baru la nak kutuk rapat..Apesal ek camtu?? kalau rasa tak suke benda tu bagi tau elok-elok. Kalau mampu diubah..boleh je berusaha berubah.Apa salahnye berubah ke arah yang lebih baik.Tolong la jangan hipokrit kang kasik jadi konkrit.

5) Berkerjaya. Orang akan cakap mata duitan bila sebut pasal ni. Tolong jangan melenting tak tentu pasal. Be rational. Tak semestinye dia kena jadi lawyer or majistret baru ko nak kawen ngan dia. Asalkan dia ada kerja dan mampu sara kau. Kau ingat cinta boleh beli nasik ke? Duit jugak yang pakcik kedai nasik lemak terima. So kalau laki tu bersedia nak ada serious relationship, mesti dia dah pikir pasal masa depan dan kerja. Laki camtu baru nampak ada responsibility.

6) Make effort. Lelaki ni ada banyak type. Ada yang jiwang karat tahap gaban. Ada yang takde sense of romantic langsung. Ada yang tak expressive tapi sebenarnye dia sayang cume tak reti nak luahkan aje. Oh lelaki, make effort sikit la..kalau gf korang boleh ingat semua tarikh penting dan tiap kali special date tu dia wat surprise, tu maknanye dia nak jugak laki tu wat surprise kat dia. Kalau korang happy, bagi la pompuan happy macam mana dia wat surprise tu. Ada paham ka?

7)Berani jumpa parents. Ini serius. Kalau dia dah bertandang jumpa family. Maknanye dia serius la dengan pompuan tu. Tapi kalau dia wat hal lps jumpa family.. itu parah namanye..hehe
Selalunye laki yang berani jumpa family ni dia serius la..Ingat senang ke?? Berpeluh tau walaupun dalam ruang tamu ber-air cond tu..

8) Doa. Jangan terlalu mengharap cinta itu kalau kau tak berdoa pada-Nya. Semua terletak pada-Nya. Dia tahu segalanya.

Kepada yang masih belum ketemu cinta ideal. Jangan bimbang, Mr RIGHT will come at the RIGHT time. Pada yang 'terpisah'. Ayat ini untuk girl only tau. Dari citer korea:)
ONE MAN'S TRASH IS ANOTHER MAN'S TREASURE.

p/s: Sorry la panjang..dah macam essay dah ni..chow chin chow dulu:)

4 comments:

intan amirah said...

haha..aimi oh aimi..

budak _kecik said...

intan..oh..intan...sbnrnye taktau u request apa..saje wat psl ni.hehe.geddix kan

intan amirah said...

i request apa2 entry yg boleh happy kan i je..skg ni duk ulang lagu jar of hearts by christina perri je..

dah tak de jodoh..i terima tp i still sedih.:(

فاطمة said...

patah tumbuh..hilang berganti..jgn sedih2x..anggap je yg tlh g tu bkn yg terbaik tuk mu.. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails